You have been here,welcome.Want to go Home or Follow me?
My pinky blue blog

My stories Lady Boss Links Stuffs

Salam ukhuwah fillah :'>

Assalamualaikum! Tinggalkan jejak anda di sini :)
"Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh" "Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf". Nampak? Allah sangat pemurah :')


Tinggalkan jejak anda dibawah :)


Fully thanks

Basecode: Izyanyancinnamon Re-edited:My name is julia
Full edit: YOUR NAME
Others support: ♥ ♥ ♥

Bolehkah Lelaki Dan Perempuan menjadi “kawan”? Hanya kawan?

Lelaki,jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada antara mereka sesuai dijadikan kawan. Saya panggil mereka jenis sahabat. Mereka membeli belah, bergosip dan menonton waang dengan anda. Apabila kita bercakap tentang teman lelaki kita kepada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen. Saya pasti anda memiliki kawan lelaki sebegitu.
Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.
Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? Dia juga bukan gay. Hahaha, ini agak rumit juga. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya. Tidak ada tarikan seksual. Kelakar, tetapi saya sendiri tidak dapat menjelaskannya.
Waktu ini, datang pula lelaki yang memberikan anda perasaan-perasaan itu. Ciri-ciri seorang teman lelaki. Bagaimana anda boleh tahu? Saya selalu percayakan kata hati wanita. Ianya sangat kuat, jadi gunakannya! Ini adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja. Dia akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah cinta.
Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang saya, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh.
Ada satu lagi jenis, saya gelarkannya The Façade- anda berdua hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa “gila” terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. Ini adalah kategori yang sukar. Mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan? Sembunyikan perasaan dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya? Kedua-duanya akan membuatkan anda buntu.
Jika anda jenis yang berani, saya cadangkan anda mengaku sahaja. Sekurang-kurangnya anda akan merasa lega apabila mengetahui apa yang anda patut tahu. Sekarang terpulang pada pertimbangannya. Sekiranya dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda, sekurang-kurangnya anda tahu. Jika itu berlaku, saya cadangkan anda teruskan hidup selepas sesi pengakuan yang telah membuatkan anda rasa janggal. Pandang ke hadapan, jadilah gadis yang kuat dan teruskan hidup. Sebaliknya bagi saya, secara peribadinya saya akan menolak pilihan ini.
Jadi, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki? Atau the façade? Agak sukar untuk mengkategorikan mereka kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan. Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan.

Nota kaki ; Hmm, menarik jugak entry ni. :D
Umm, okayy.

Haishh. Geram gila petang ni. Puncanya? Entah, aku pun taktauu. Apa yg pasti, aku agak badmood ah. Pasal kawan2 kot. Tau la ada bf punn. Jangan la berlagak sangat -..-  kawan2 pun penting tau :P Bila ada masalah, muka aku jugak yang hang cari. Haha. Memang tak sah kan kalau tak tarik aku sekali? Takpa, aku hargai tu. At least aku rasa ada gunanya jugak jadi kawan hang. Takpaa, kita tunggu kat sekolah nanti nak jadi camna. Hang nak layan aku ke idokk :D
Aku rasa.......

Hihikk. Salam. Tajuk kat atas ialah aku rasa..... aku rasa what? Hahahkk. Chillex. Nak story la nih :B

Umm, tahun ni da tahun 2012, 2012 kiranya umur aku 14y/o. 14y/o kiranya aku baru form2. Emm emmm. Cepatnya masa berlalu kan? Kak aku pun dah masuk 18y/o. Skrg forward study kat form6 SMKTP. Huuu.
Tahun ni aku sekolah sesi petang lagi. 2RK1 dan 2RK2, sekolah pagi. What on earth -_-. Bestie aku sekolah sesi pagi, 2RK2. Hmm tahun ni bosan jugak sebab dia tak ada. Tapi takpa, tahun ni aku happy jugak sebab dapat kawan2 baru yg baik lagi sporting. Hahahkk.  Kali ni birthday aku rasa macam bermakna sebab ada orang celebrate kann :3 kawan aku cakap, untung hang Maz sebab tarikh birth hang awal tahun. Huhu nasib badan. Tak apa, birthday hampa nanti aku sambut laa :P K sembang padahal tak buat punn. Emm setakat bagi flying kiss aka kick pun menarik juga kan? Hahaha gilaaa! Tak pernah dibuat orang -,-

Haishh. Tahun ni jugak aku kenal ramai kawan2 berbanding tahun lepas. Tahun ni jugak aku menggila punn. Tahun ni jugak aku selalu protes undang2 sekolah. Ehh yaka? Macam dak jaaa. Ni kalau kawan aku yg sorang tu baca, konpem dia perli tak sudah2. Hehh. Mana taknya, asal cikgu masuk mengajar jaa, mesti dia ajak p tandas. Apa la special sangat kat tandas tu? Kalau p ada hajat takpa. Ni p sebab nak tengok free show orang jual num and conteng kat papan putih a.k.a dinding! Jemu jemu jemu! Haha. Folio SJ tinggal lagi setengah bahagian ja yg belum siap. Dengan heavennya aku boleh menghadap pc ni. Memang tempah bala. Can't wait until school open :') rindu semua kawan2 akuu.

Anyway, perkara yg paling aku meluat lagi menyampah waktu sekolah ialah................... jeng jeng jeng! Biarlah rahsia :P
Cuti sekolah ~,~

Ehem ehem! Assalamualaikum semua ;) emmm, harini dah hari Khamis, esok Jumaat, lusa Sabtu, tulat Ahad. Ahad bererti............jeng jeng jeng! Sekolah akan dibuka laa -,- Alahaii, macam2 perasan ada. Rindu, tak suka, malas, rajin for sure lah! Hahahkk. Cuti kali ni aku tak banyak buat aktiviti sangat. Hanya sekadar makan, tidur, buat, folio, baca novel tu wajib! Huhu. Eh sekarang aku dah rajin baca novel tau. Haha cehhh bangga!! Act tak la bangga sangat jadi novel holic, novel tuu dibaca supaya untuk menghilangkan bosan ja. Ya sekarang aku memang bosan teramat bosan -..- Ceh bosan apanya, asyik menghadap pc ja 24/7 :3 haha k merapu. Umm, sekarang ni aku tengah tumpu kat folio Sj --> *k yg ni aku mmg tipu. Huahua. Sekarang bulan Rejab, lepas Rejab, Syaaban, Ramadhan, then........Raya!! Hahaha buat teqok buleee aihh. =.= emm emmm aku sebenarnya tak sabar nak p POPULAR Manjung ja.... Sadisnya kat Langkawi tadak POPULAR =( kan kedai tu memudahkan para pelajar beli buku rujukan kan kan :P hehe memang terbalikk akai akuu.

Umm, baru2 ni accident berlaku kat Langkawi. Aku bet, hampa pun tau kan pasal kejadian ni? Ala kan masuk paper Metro kut kalau tak silap. Hmm hanya mampu sedekahkan Al- fatihah. Even aku tak kenal dengan arwah, aku tau depa mesti baik kan? Hmm, salam takziah buat keluarga arwah :) Semoga roh arwah Yasmin, Afiqah Aina dan Hazwani tenang di sana. Kami semua di sini mendoakan yg terbaik untuk anda.

#HUJAN...SEJUK...BEST! xD
Tomorrow will coming.

Fuuuuhh. Tak sabar nak tunggu esok! Esok balik kampung kat Perak. Balik sampai hari Selasa nih sampai habis cuti. Sakan aku balik kampung. Hahaha, hari ni aku tk p sekolah. Sakit kaki ohh =.='' Main netball semalam punya pasal. Main posisi WD memang best tapi memenatkan! Lastly geng kami jugak menang. Alhamdulillah :] Dapat hadiah hamper dgn keychain Smktp. Huhu, final game main tk sampai 2minit. Baru semangat nak main, tcer Adina dah suruh berkumpul kat dewan. Spoil betulla -,-


Ohya, esok balik naik bas. Wihii lama jugak la nak sampai. Dari Lgkw->Perak. Makan masa 3,4 jam. Lebih kurang kot. Tapi kak aku tk balik. 14 hb ni dia exam. SPM SPM~ Hua3, mula-mula my mom cakap nak balik sini hari Isnin tapi maksu aku balik kampung hari Ahad. Tk best lah kalau aku balik awal. Takpa-takpa. Rindu sama my Azim (cousin)! Nanti nak dukung-dukung, cubit-cubit diaa lahh! Hahaha, kejam kan xD Yes aku memey kejam pun :p kejam besa-besa jaaaa. Sapa yg kenal aku tu tau la aku cena. Haha,


Hari ni cgu nak buat apa tah. Kena bawak gam, gunting semua bagaii. Tu salah satu sebab aku takmau p. Haha, penyegan baikk :D Rabu minggu depan pulokk kena amik buku teks form2. Sat ja rasa nak habis tahun 2011. Nanti kak aku kena pergi PLKN, dia dapat. Syok gilaa. Hahaha. Rindu pulekk nanti. Aduhh -_-
Dia cakap lepas SPM, 9 bulan dia free. Waaa jelesnya hakuh! Nanti kalau dia p shopping ka melancong ka, aku nak suruh dia beli teddy kat aku. Haha, ngidam lama da nak teddy :p


Mwihihi, k laaaaa, nak undur diri dulu. Assalamualaikum :)